TWIN SUPERBROTHER
Navi
FBOOK FBOOK
Twin SuperBrother - Bab 1 : Superhero?

Tuesday 23 July 2013 @ 02:56 | 0 Twin [s]


"Banyak betul kejadian yang berlaku di sekolah ini.Hendak pitam rasanya" bebel Puan Hajah Afifaah didalam pejabat Sekolah Seri D'wana. 'Kringg!Kringg!' bunyi telefon bimbit Puan Hajah Afifaah berbunyi.Tertera nama Aman ditelefonnya. Dia terus menjawab panggilan telefonnya.

"..........................................."

"Waalaikumsalam,kenapa Aman?"

".................................."

"Boleh, bila?"

"................................"

"Baiklah, saya datang sekarang."

  Puan Hajah Afifaah menekan end call dan segera mengemas barangnya. Dia pergi menemui tiga anaknya iaitu Aliff,Aleef, dan Aarif. "Mama ada urusan dengan kawan mama. Jadi kamu bertiga balik dengan bas iya. Mama bagi duit sekali untuk membayar tambang bas. Mama kena pergi sekarang. Jaga diri iya." selepas memberi mereka bertiga duit, Aliff,Aleef dan Aarif hanya mengangguk tanda setuju kemudian menyalami ibunya itu. Sesudah itu Puan Hajah Afifaah menaiki keretanya lalu keluar dari perkarangan sekolah meninggalkan Aliff,Aleef, dan Aarif yang masih terkebil-kebil itu. "Jomlah pergi menaiki bas Asikme itu. Nanti tertinggal pula." Aliff menarik tangan adik-beradiknya itu. Mereka segera membayar tambang bas dan menaiki bas Asikme itu. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Manakala di satu restoran......

    "Kenapa kamu mahu berjumpa dengan saya? Ada apa-apa yang berlaku?" soal Puan Hajah Afifaah. "Baiklah. Kamu tahukan yang sejak kumpulan hero kita, Super TwinSister pergi ke London kerana sesuatu urusan, ada banyak kes jenayah yang berlaku." jawab Pakcik Aman. Puan Hajah Afifaah hanya menganggukkan kepalanya. "Jadi saya bercadang untuk melatih anak kamu bertiga menjadi superhero." kata Pakcik Aman lagi. Puan Hajah Afifaah berkata. "Err..Tetapi, bukankah hanya Super TwinSister yang ada kuasa." "Sebenarnya anak kamu bertiga juga mempunyai kuasa seperti Aliff, kuasanya ialah lari laju dan mempunyai mata helang (maksud mata helang ialah boleh nampak jauh). Kuasa Aleef pula boleh terbang dan kuat. Hanya Aarif yang tidak mempunyai kuasa kerana dia belum cukup umur. Adakah kamu setuju? Saya akan menyelesaikan semua urusan." terang Pakcik Aman dengan panjang berjela. "Hmm... Baiklah, saya setuju. Saya akan berbincang dengan mereka bertiga. Saya pergi dahulu iya." jawab Puan Hajah Afifaah. Dia terus pulang kerumahnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa jam kemudian

   "Mama, janganlah bergurau. Tidak mungkin kami mempunya kuasa seperti Super TwinSister." Aliff,Aleef, dan Aarif memanjangkan muncungnya (lelaki pun boleh merajuk?). "Betul, mama tidak bergurau. Mama bukannya jenis orang yang suka bergurau. Kamu bertiga perlu percaya." pujuk Puan Hajah Afifaah. 

   Akhirnya mereka bertiga percaya selepas sesi pujuk-memujuk. "Hari Sabtu ini, kita semua pergi berjumpa dengan Pakcik Aman. Pakcik Aman akan menceritakan apa yang berlaku. Nanti, Pakcik Aman juga akan menjahit kostum untuk kamu bertiga." kata Puan Hajah Afifaah. Mereka bertiga teruja hendak mendengar cerita Pakcik Aman. Tidak sabar rasanya hari Sabtu ini. Mereka bertiga sudah mula berangan. Mereka akan ada peminat, semua orang berebut-rebut meminta tandatangan mereka, mungkin nanti mereka akan disiarkan di televisyen, mereka akan menjadi kegilaan ramai! "Amboi, sudah mula berangan iya. Belum jadi hero sudah berangan. Sudah, pergi mandi. Sudah mahu Maghrib ini." Puan Hajah Afifah menghentikan mereka daripada anganan mereka. Mereka terus berlari ke bilik air dan berebut untuk mandi. Puan Hajah Afifah hanya tersenyum melihat telatah anak-




Older Post | Newer Post
The Majesty

Assalamualaikum! Selamat membaca novel kami -~!
Meoww! :)

Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edit : Nurul Nabila
Re-Edited/Le'Owner : Hebaliyya

Best View at GOOGLE CHROME!